Apple Perlu Membenarkan Sistem Pembayaran Alternatif Luar App Store Bermula 9 Disember Ini

Diterbitkan pada Nov 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tamparan hebat diberikan kepada Apple hari ini apabila hakim yang mendengari kes saman oleh Epic Games mengarahkan mereka membenarkan sistem pembayaran alternatif di luar App Store bermula 9 Disember ini. Dengan wujudnya sistem pembayaran luar App Store, pembangun aplikasi seperti Epic Games dan Spotify tidak perlu membayar memberikan potongan 30% pendapatan mereka kepada Apple seperti yang berlaku sekarang.

Sebelum ini mahkamah mengeluarkan injunksi supaya Apple membenarkan pembangun aplikasi memberikan pautan atau butang untuk memilih sistem pembayaran selain App Store. Apple segera memfailkan rayuan penangguhan supaya masa yang lebih diberikan untuk menilai risiko keselamatan. Tetapi hakim Yvonne Gonzalez Rogers berkata Apple meminta penangguhan yang mungkin mengambil masa sehingga 5 tahun dan oleh itu rayuan ditolak.

Di Korea Selatan Apple dan Google telahpun diarahkan untuk memberikan pilihan pembayaran alternatif kepada pembangun aplikasi. Google mula mematuhi arahan tersebut minggu lalu tetapi masih ingin mengambil potongan pembayaran dengan Apple pula belum melakukan sebarang perubahan.

Sumber Reuters

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami