Carian
ZTE Catat Rekod Malaysia Untuk Kelajuan Pemindahan Data 5G-A Terpantas Mencapai 28Gbps
May 13, 2024 Nazrin

Pada bulan Oktober 2023, tiga buah syarikat teknologi telekomunikasi, termasuklah Digital Nasional Berhad, Telekom Malaysia telah menjalankan ujian rangkaian 5G-Advanced menggunakan teknologi mmWave yang memperlihatkan kelajuan pemindahan data sepantas 28Gbps.

Hari ini, sewaktu acara ZTE – Unfolding The Intelligent Future di Kuala Lumpur, ujian rangkaian 5G-A tersebut telah memasuki senarai Malaysia Book of Records sebagai “Fastest 5G-Advanced Live Trial” ataupun Percubaan Langsung 5G-Advanced Terpantas di Malaysia dengan kelajuan yang dikatakan tadi.

Untuk menjayakan perkara ini, infrastruktur dan kepakaran Telekom Malaysia digunakan, bersama-sama dengan teknologi mmWave oleh ZTE. Langkah ini sekaligus dijangka memposisikan Malaysia sebagai peneraju dalam teknologi mmWave pada masa tersebut.

Pihak DNB turut menyatakan penggunaan spektrum mmWave dibawah mereka membolehkan ia memberikan pengalaman 5.5G, serta menjadi asas kepada 6G kelak. Penggunaan spekstrum DNB bersama-sama teknologi TM juga turut membuka pelbagai peluang dalam arena perusahaan – terutamanya dalam pembangunan rangkaian peribadi 5G untuk pelbagai jenis industri.

Komen