Carian
Jabatan Imigresen Ingin Guna Kod QR Di Pintu Masuk Negara
May 13, 2024 Effi Saharudin

Jabatan Imigresen Malaysia sedang melakukan ujian penggunaan kod QR di pintu masuk negara bagi melancarkan proses sedia ada. Kesesakan yang berlaku di pintu masuk negara terutamanya di Utara dan Selatan perlu diselesaikan dan QR dilihat sebagai langkah yang paling mudah. Pada ketika ini penggunaan kod QR masih lagi di peringkat kajian dan keperincian mengenainya akan diumumkan oleh Kementerian Dalam Negari dalam masa terdekat.

Walaupun pihak imigresen ingin menyelesaikan isu kesesakan, pada waktu yang sama tiada kompromi akan diambil dari sudut memastikan keselamatan negara. Sistem imbasan QR sudahpun digunakan oleh Singapura untuk kemasukan rakyat Malaysia di Tuas dan Woodlands serta di Lapangan Terbang Changi. Berdasarkan pengalaman peribadi kami, ia hanya memakan masa beberapa minit sahaja dengan kami hanya perlu mengisi permohonan kod menerusi aplikasi ICA.

Penggunaan kod QR mungkin adalah penyelesaian jangka pendek kerana sudah ada usaha untuk memperkenalkan pasport digital telah dimulakan di Finland dengan ia disimpan di dalam telefon pintar. Kami yakin dalam masa satu generasi sahaja, penggunaan pasport digital akan menjadi lumrah perjalanan antarabangsa seperti menggunakan sistem pembayaran nirtunai di telefon pintar.

Komen