Carian
Firma Sarawak Sedang Mengkaji Hasilkan Beras Daripada Sagu
May 13, 2024 Effi Saharudin

Di Amanz kami kerap melaporkan berita daging buatan manusia dihasilkan daripada tumbuhan dan teknik cetakan 3D. Majoriti inovasi teknologi pemakanan ini dilakukan oleh firma luar negara. Kini sebuah firma daripada Sarawak sedang melakukan kajian menghasilkan beras daripada pokok sagu.

Padi

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, firma CRAUN Research kini sedang menjalankan penyelidikan menghasilkan beras dengan kanji daripada sagu. Menurut beliau lagi, beras sagu yang dihasilkan hampir sukar dibezakan dengan beras sebenar.

CRAUN Research telah melakukan kajian ini selama dua tahun. Antara sebab ia dilakukan ialah bagi memastikan keselamatan makanan untuk Sarawak kerana nasi adalah merupakan makanan ruji dan pada waktu yang sama dapat mempelbagaikan lagi produk sagu.

Pada ketika ini beras yang dihasilkan daripada sagu masih lagi di peringkat ujian makmal dan masih belu bersedia untuk dipasarkan secara komersial. Firma CRAUN Research ialah singkatan untuk Crop Research and Application Unit yang ditubuhkan pada tahun 1993 bagi meningkatkan data saing industri sagu Sarawak.

Komen