Carian
Pengguna ChatGPT Percuma Turut Boleh Menggunakan GPTs Dan GPT Store
May 14, 2024 Aman

Bersama-sama pengenalan GPT-4o yang turut akan diperluaskan kepada pengguna ChatGPT percuma secara terhad, pihak OpenAI turut membuka akses kepada beberapa perkara baharu bagi pengguna percuma.

Disamping dapat menggunakan model GPT-4 yang lebih bijak dan cerdas, pengguna turut kini boleh melakukan perkara seperti menganalisa data daripada sesuatu carta, menghasilkan carta dengan mudah, serta bertanyakan sesuatu perkara berkenaan dengan gambar yang dimuat-naik.

Pengguna percuma juga boleh memuat-naik dokumen dan meminta ChatGPT untuk merumuskan ia.

Pada masa yang sama, pengguna percuma boleh turut menggunakan GPTs – iaitu model dioptimasikan yang dibangunkan pengguna lain untuk sesuatu tujuan, dan mengakses GPT Store untuk mencuba pelbagai GPTs yang diterbitkan pengguna lain.

Sebelum ini, ciri-ciri ini telah diperkenalkan kepada pengguna berbayar – dan kini OpenAI mengumumkan pengguna ChatGPT percuma turut boleh mengaksesnya kelak melalui penggunaan GPT-4o.

Komen