Carian
Sistem Telesidang 3D Project Starline Akan Ditawarkan Oleh Google Dan HP
May 14, 2024 Effi Saharudin

Pada tahun 2021, Google memperlihatkan Project Starline yang membolehkan sesi telesidang dilakukan secara tiga dimensi. Ia dihasilkan ketika pandemik apabila pertemuan secara fizikal terhalang disebabkan oleh penjarakan sosial. Selepas tiga tahun diperlihatkan, Google mengumumkan kerjasama dengan HP untuk mengkomersilkan Project Starline kepada orang ramai.

HP mempunyai barisan produk telesidang di bawah penjenamaan Poly. Rekaan sistem telesidang yang akan ditawarkan oleh HP belum lagi dikongsi oleh Google. Dengan Google I/O akan berlangsung awal pagi esok, ia sudah pasti akan diperlihatkan secara rasmi pada acara ini.

Turut diumumkan apabila dijual kelak, Starline bukan sahaja akan menyokong Google Meet tetapi juga pesaing mereka Zoom.

Komen