Carian
Vivo X100s Pro Dan X100s Kini Rasmi Dengan Cip Dimensity 9300+
May 14, 2024 Amy Maizuraa

Vivo turut mencuri perhatian melalui pengenalan dua peranti baharu di bawah nama X100s dan X100s Pro. Secara asasnya kedua-dua peranti mempunyai banyak persamaan yang termasuk cip pemproses Dimensity 9300+ tetapi masih ada beberapa elemen yang berbeza. Melalui cip Dimensity 9300+ juga menjadikannya kedua-dua peranti antara terawal yang menggunakannya setakat ini.

Vivo V100s dan X100s Pro menggunakan skrin 6.78″ 8T LTPO OLED dengan kadar segar semula 120Hz. Skrin juga menyokong ciri tambahan lain seperti kecerahan mencapai 3000nits bersama kemampuan paparan sehingga 1.07 billion. Selain itu Vivo turut menawarkan pilihan memori sehingga 16GB RAM, storan dalaman 1TB, perisian terkini OriginOS 4.0 (Android 14) dan piawaian kalis air IP68/69 sebagai pelengkap.

Perbezaan bagi peranti ini terletak pada sistem kamera dan kapasiti bateri. Dimana tri-sensor sebesar 50MP utama dengan padanan sensor 50MP (ultra-lebar) dan 50MP (telefoto) digunakan pada X100s Pro. Bateri pula sebesar 5400mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 100W dan nirwayar 80W. Seterusnya kamera 50MP (utama) + 64MP (telefoto) +50MP (ultra-lebar) dan bateri 5100mAh dengan pengecasan 100W pula untuk X100s. Tiada pengecasan nirwayar diberikan pada peranti ini.

Komen