Cari @ Amanz

Oppo Mungkin Tunggu Tahun 2025 Untuk Telefon Lipat Seterusnya

Link Copied!

Tahun ini, Oppo dilaporkan tidak akan melancarkan peranti baharu di bawah siri Find N. Ini bermakna tiada Oppo Find N5 atau Find N5 Flip pada tahun ini. Menurut sumber, Oppo ingin tunggu tahun 2025 bagi menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 4 untuk telefon lipat mereka yang seterusnya. Bukan itu sahaja, dengan ketiadaan Oppo Find N5 – OnePlus Open 2 pun turut tidak akan dilancarkan pada tahun ini.

Oppo Find N3 adalah telefon lipat yang menarik. Walaupun perisian masih tidak sehebat One UI 6.1, tetapi iterasi Oppo dengan ciri multi-tugasan untuk tetingkap aplikasi bentuk karusel yang menarik dan cuba menjadikan penggunaan telefon lipat sesuai untuk semua jenis pengguna membuatkan ramai ingin menantikan generasi seterusnya. Jika ini adalah strategi Oppo dan OnePlus agak menarik kerana telefon lipat adalah produk yang mahal, menjual dua tahun sekali mungkin jalan penyelesaian yang sesuai untuk mereka.

Apa-apa pun sama-sama kita nantikan berita lanjut mengenai perkembangan peranti baharu Oppo dan OnePlus tidak lama lagi. Jika anda ingin tahu sama ada Find N3 adalah peranti yang baik untuk dimiliki atau pun tidak, jemput baca ulasan kami di sini – Ulasan Oppo Find N3 – Percubaan Ketiga Yang Akhirnya Berjaya.


Komen ()