Carian
Tiles Tidak Akan Menyokong Rangkaian Google Find My Device Untuk Penjejak Objek
May 14, 2024 Fahim Zahar

Tiles adalah penjejak objek yang cukup popular sebelum wujudnya Apple AirTags dan Samsung Galaxy SmartTag2. Idea Apple dan Google dengan sistem Find My dan Find My Device adalah menjadikan pengguna peranti platform masing-masing sebagai nod untuk membantu mencari objek dengan penjejak objek yang mengikut spesifikasi Internet Engineering Task Force. Untuk Tiles, mereka mengumumkan yang penjejak objek mereka hanya akan menyokong rangkaian tersendiri.

Ini bermakna semua produk Tiles tidak akan menyokong sistem Find My atau Find My Device. Sebaliknya mereka akan menggunakan rangkaian Hubble Network yang memanfaatkan teknologi satelit serta menjamin boleh meningkatkan kuasa carian berasaskan Bluetooth sehingga ratusan kilometer lebih tepat berbanding menjadikan telefon pintar sebagai nod carian. Rangkaian ini turut akan memanfaatkan 66 penjejak objek Life360 yang aktif memandangkan Tiles kini adalah jenama di bawah Life360.

Produk Tiles akan menyokong rangkaian Hubble Network ini menjelang tahun 2025. Life360 turut akan memberi pembangun dan pengeluar akses kepada rangkaian mereka jika ada yang ingin mencipta penjejak objek dengan rangkaian carian bebas Apple atau Google.

Komen