Google hari ini mengumumkan bakal memperluaskan paparan hasil carian yang dijana kecerdasan buatan pada halaman carian utama. Dengan langkah ini, hasil janaan AI untuk sesuatu carian akan dipaparkan pada bahagian atas halaman hasil carian, dan diikuti pelbagai pautan web berkaitan dibahagian bawah.

Langkah ini mungkin tidak disukai ramai – terutamanya yang biasa dengan kaedah paparan tradisional seperti sebelum ini.
Khusus untuk pengguna sebegitu, Google kini menambah sebuah penuras khas pada halaman carian, dinamakan “Web”. Pilihan ini akan memaparkan semua pautan web seperti biasa dan tidak memaparkan janaan AI dibahagian atas. Namun, keperluan memilih penuras ini sekaligus membawa kepada langkah tambahan, yang mungkin akan mula digunakan secara berkurangan dari hari ke hari.