Semasa acara Google I/O malam tadi, AI Overviews telah diperkenalkan pada Google Search untuk memaparkan jawapan yang dijana berasaskan kecerdasan buatan pada bahagian atas halaman carian, dan seterusnya pelbagai pautan ke web diletakkan di bahagian bawah. Salah satu ciri yang turut menggunakan ciri AI baharu ini adalah Ask with video.

Ask with video membolehkan pengguna menggunakan Google Lens dan tanya Google dengan merakam video. Demonstrasi yang diperlihatkan adalah pemain piring hitam dengan jarum katrij yang rosak. Selepas video dirakam, AI Overviews akan mengeluarkan jawapan berserta pautan ke laman web untuk maklumat lebih lanjut.

Menurut Google ciri ini akan ke semua pengguna secara berperingkat dalam minggu-minggu akan datang. Adakah anda menggemari ciri ini atau lebih sukakan Circle to Search?