Carian
Gemini Live Boleh Lihat Dengan Kamera Dan Beri Info Masa Nyata
May 15, 2024 Fahim Zahar

Google Gems turut diperkenalkan di Google I/O 2024 malam tadi. Ia adalah ciri untuk pengguna mengubahsuai Gemini agar ia menjadi pembantu yang spesifik untuk tugasan tertentu. Misalnya hanya untuk memasak, untuk bersenam dan banyak lagi. Salah satu ciri yang boleh memanfaatkan Gems adalah Gemini Live.

Gemini Live adalah ciri seperti Google Lens dan Ask With Video. Ia menggunakan kamera untuk memberi informasi kepada pengguna, cuma dengan Live ia melihat dengan kamera secara langsung dan informasi diberikan secara masa nyata. Ciri ini dilihat akan memusnahkan konsep peranti fizikal AI seperti Humane AI Pin dan Rabbit R1 kerana ciri lebih kurang sama ini akan ke tangan semua pengguna telefon pintar tidak lama lagi.

Komen