Carian
Samsung Galaxy Watch7 Mungkin Akan Dijana Cip Exynos 3nm
May 16, 2024 Fahim Zahar

Samsung tahun ini dijangka akan melancarkan tiga model jam tangan pintar iaitu Galaxy Watch7, Galaxy Watch7 Pro dan satu varian misteri yang berkemungkinan adalah Galaxy Watch7 FE. Menariknya menurut The Korea Economic Daily, salah satu jam akan dijana dengan cip 3nm yang ramai nantikan.

Samsung Galaxy Watch6 Classic – Baca Ulasan Di Sini.

Cip 3nm ini dikatakan adalah Exynos W1000 dan mungkin mempunyai peningkatakan 20% untuk prestasi lebih berkuasa dan penggunaan kuasa yang lebih efisien. Jam-jam ini akan menjalankan One UI for Watch berasaskan Wear OS 5 yang telah diumumkan sebagai sistem operasi jam yang memfokuskan ketahanan bateri.

Buat masa ini butiran lain mengenai jam ini masih tidak diketahui. Adakah ketiga-tiga akan dijana cip sama atau hanya model paling mercu, adakah bezel berputar akan dikekalkan, berapa lama pula bateri akan tahan dan adakah akan ada ciri AI? Sama-sama kita nantikan.

Komen