Carian
Dikemaskini – LG Dilaporkan Menamatkan Kerjasama Dengan Meta
May 20, 2024 Effi Saharudin

Dikemaskini – LG telah mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan laporan Korean Economic Daily. LG Electronics masih meneruskan perkongsian XR dengan Meta yang dimeterai pada bulan Februari tetapi sedang mengawal rentaknya. Laporan asal di bawah.

LG dan Meta menjalinkan kerjasama untuk membangunkan set kepala XR dengan ramalan mengatakan pesaing kepada Vision Pro mereka akan dilancarkan pada tahun 2025. Tetapi menurut laporan Korean Economic Daily, LG telahpun menamatkan kerjasama dengan Meta.

Laporan memetik sumber dalaman yang mengatakan kerjasama ditamatkan kerana tiada sinergi antara kedua-dua syarikat. Walaupun hubungan dengan Meta ditamatkan, LG dipercayai akan melakukan kerjasama dengan Amazon pula.

Permintaan untuk set kepala VR dan XR tidak melonjak seperti diramalkan selepas Meta Quest, Vision Pro dan Pico 4 dilancarkan. Tidak ramai berpusu-pusu untuk menerjah masak ke alam metamesta lebih-lebih lagi selepas teknologi kecerdasan buatan (AI) kini lebih popular. Meta sendiri memberikan tumpuan kepada AI sejak enam bulan kebelakangan ini dan mereka menanggung kerugian ratusan bilion kerana Horizon Worlds kurang mendapat sambutan.

Komen