Carian
Meta Reality Labs Mencatatkan Kerugian Hampir RM200 Bilion Sejak 2020
February 2, 2024 Effi Saharudin

Meta Reality Labs ialah bahagian yang membangunkan pelbagai inisiatif realiti maya, gabungan dan terimbuh bagi menjayakan impian metamesta Mark Zuckerberg. Dalam pengumuman kewangan untuk suku yang lalu, Reality Labs mencatatkan kerugian $4.65 bilion (~RM22 bilion) walaupun menjana pendapatan $1 bilion yang lebih tinggi daripada sasaran asal.

Sejak 2020, Reality Lab mencatatkan kerugian berjumlah $42 bilion (~RM 199 bilion) kerana pelaburan yang besar ke dalam pembangunan set kepala Meta Quest, pelbagai alat kawalan, pembangunan teknologi maya dan menjayakan Meta Horizon Worlds. Walaupun sudah dilancarkan lebih dua tahun, ia sekadar mempunyai 300,000 pengguna. Ini adalah jauh lebih rendah berbanding Threads yang mempunyai 130 juta pengguna bulanan walaupun baru berusia setahun jagung.

Meta masih belum ingin mengibarkan bendera putih dengan Zuckerberg optimis jualan Apple Vision Pro akan turut memacu jualan Meta Quest. Tetapi beberapa laporan yang muncul sejak setahun lalu mengatakan tumpuan Zuckerberg kini berpindah pula kepada kecerdasan buatan (AI) yang dilihat lebih menguntungkan berbanding metamesta.

Komen