Carian
WhatsApp, FB, IG, Messenger Kini Mempunyai 3.98 Bilion Pengguna Aktif Bulanan, Threads 130 Juta
February 2, 2024 Fahim Zahar

Threads adalah jawapan Meta kepada X/Twitter. Semalam Mark Zuckerberg memaklumkan bahawa Threads kini mempunyai 130 juta pengguna aktif setiap bulan peningkatan daripada 100 juta setiap bulan yang diumumkan Oktober lalu.

Pada Q4 2023, aplikasi Meta yang lain seperti Facebook, Instagram, Messenger dan WhatsApp pula mempunyai pengguna aktif mencapai lebih daripada 3.19 bilion setiap hari dan 3.98 bilion setiap bulan. Dengan kandungan Threads dipaparkan pada susur masa Facebook dan Instagram, tidak hairanlah jika jumlah pengguna semakin meningkat kerana akan ada ramai mempunyai sifat ingin tahu.

Adakah anda antara pengguna Threads? Atau masih kekal dengan X? Bagaimana pula dengan Facebok, WhatsApp, Messenger dan Instagram adakah anda antara pengguna aktif yang direkodkan?

Komen