Penggunaan set kepala realiti maya, realiti terimbuh atau realiti gabungan/diperluas bukanlah sesuatu yang baru. Banyak pengeluar peranti seperti Google, Samsung, HTC, Xiaomi dan ramai lagi sudah pernah menawarkan produk ini sebelum Meta Quest dan Apple Vision Pro dikenali ramai.
Dengan Apple Vision Pro bakal dijual tidak lama lagi di beberapa pasaran, Meta yakin ia akan menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli set kepala Quest mereka. Menurut 9to5Mac, Meta dilaporkan Vision Pro telah mempengaruhi pemikiran mereka untuk menjadi lebih fokus dalam arena set kepala ini. Meta dikatakan ingin menjadi alternatif utama kepada ekosistem Vision Pro, ibarat Android dan iOS.
Tidak lupa juga harga jualan Vision Pro yang mahal serta kaedah pembelian yang melecehkan, ia mungkin mendorong orang ramai yang mahu platform set kepala lebih ringkas dan mudah. Persoalannya, adakah pengkomputeran spatial Apple ini berbeza dengan metamesta atau sama sahaja cuma terma yang berbeza mengikut penggunaan pengguna?