Microsoft Copilot+ PC Ialah Kategori Baharu Untuk PC Dengan Kemampuan AI
Zamir Roslan
Microsoft melancarkan Surface Laptop gen 11 dan Surface Pro gen 7 mereka awal pagi tadi dengan kedua-duanya dikategorikan sebagai Copilot+ PC. Pasti ada yang tertanya-tanya apakah sebenarnya Copilot+ PC dan apakah perbezaannya dengan AI PC yang juga baru diumumkan tahun ini.
Jawapannya terletak pada cip yang digunakan pada PC tersebut. Copilot+ PC ialah PC dengan cip keluaran Qualcomm seperti Snapdragon X Elite dan menjalankan WIndows on Arm. Sementara itu AI PC pula ialah PC yang menggunakan cip Intel dan menjalankan Windows 11.
Kedua-duanya ialah PC generasi baharu yang memberikan penekanan kepada kemampuan menjalankan tugasan AI terus pada peranti serta mempunyai butang Copilot terbina pada papan kekunci.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.