Carian
Photoshop dan CapCut Antara Aplikasi Yang Memproses AI Terus Pada Copilot+ PC
May 21, 2024 Zamir Roslan

Maaf jika pagi ini dipenuhi dengan berita berkenaan kecerdasan buatan (AI) yang turun mencurah-curah. Hakikatnya kita kini sedang di dalam era AI dan kesemua produk baharu akan mempunyai ciri ini secara terbina. Serentak dengan pengumuman kategori baharu Copilot+ PC, beberapa aplikasi kini menyokong pemprosesan tugasan AI terus pada peranti menerusi NPU terbina pada cip pemproses Snapdragon X.

Adobe Photoshop, Lightroom dan Express kini boleh melakukan aksi seperti Generative Expand serta menukar latar belakang dengan lebih pantas kerana diproses pada mesin. Pengguna kedua-dua ciri ini pasti tahun Adobe memerlukan masa sehingga seminit untuk melakukan Generative Expand bergantung kepada saiz imej. Dalam masa beberapa bulan sahaja lagi llustrator dan Premiere Pro juga akan menyokong Copilot+ PC.

CapCut pula boleh membunga latar belakang menerus ciri Auto Cutout sepantas kilat tanpa perlu menunggu lama. Sementara itu DaVinci Resolve Studio pula boleh memproses kesan khas Magic Mask lebih pantas dengan bantuan NPU.

Bagi pengguna Cephable pula, PC boleh dikawal menggunakan mimik muka dan pergerakan kepala. Tugas memproses video yang dilihat oleh kamera akan dilakukan oleh NPU sekaligus mengurangkan beban ke atas CPU dan GPU.

Akhirs sekali ciri Live Caption yang menghasilkan sari kata bahasa secara masa nyata dalam aplikasi seperti Teams juga diproses terus oleh NPU. Sebanyak 40 bahasa disokong Live Caption pada waktu ini.

Komen