Carian
Tesla Tidak Lagi Menawarkan Aplikasi Steam Pada Kereta Baharu
May 21, 2024 Effi Saharudin

Pada tahun 2022, Tesla mengumumkan sokongan aplikasi Steam pada Model S dan Model X. Dengan ini pemilik boleh menikmati permainan video seperti Cyberpunk 2077 serta Witcher 3 yang ditawarkan pada Steam terus pada sistem infohibur kenderaan. Kereta Tesla kini bukan sahaja sebuah kenderaan tetapi sebuah PC gaming.

Namun begitu pembeli kereta Tesla menerima emel menyatakan kenderaan baharu yang dibeli, aplikasi Steam tidak terpasang atau boleh dimuat turun. Walaupun ditawarkan pada kenderaan Tesla sejak 2022, aplikasi tidak pernah melepasi tahap Beta. Aplikasi Steam walau bagaimanapun masih lagi boleh digunakan pada kenderaan sedia ada.

Terdapat spekulasi sokongan dihentikan kerana tidak ramai pemilik Tesla dilihat mengakses Steam di dalam kenderaan. Ia juga mungkin kerana Tesla disiasat oleh NHTSA kerana mod permainan video Passenger Play dikatakan boleh mengganggu tumpuan pemandu. Mod ini telah dinyahaktifkan oleh Tesla ketika kenderaan bergerak sejak 2021.

Komen