Carian
Qualcomm Snapdragon X Disahkan Cip Eksklusif Menguasakan Peranti Copilot+ PC
May 21, 2024 Nazrin

Di acara Microsoft Build yang berlangsung semalam, syarikat teknologi tersebut turut memperkenalkan satu kategori komputer riba AI baru yang dinamakan Copilot+ PC untuk komputer riba dengan sistem operasi Windows 11 yang dikuasakan oleh cip pemprosesan ARM, khususnya siri Qualcomm Snapdragon X.

Kini, Qualcomm telah mengesahkan bahawa kesemua komputer-komputer riba dan tablet dengan penjenamaan Copilot+ PC akan dikuasakan oleh siri cip pemprosesan tersebut. Malah ini bukanlah satu kejutan yang besar, kerana kesemua pengumuman peranti yang dibuat oleh syarikat seperti Acer, ASUS, Dell, HP dan sebagainya semuanya dikuasakan oleh pilihan Qualcomm Snapdragon X Elite dan Snapdragon X Plus.

Kelebihan cip pemprosesan ini dalam menawarkan kuasa pemprosesan yang setaraf dengan keluaran syarikat lain dan juga menawarkan penggunaan kuasa yang lebih rendah adalah salah satu daripada kelebihan yang diperlihatkan oleh Qualcomm. Sistem operasi Windows 11 versi ARM yang lebih matang juga dilihat akan memudahkan para pembuat komputer riba untuk memilih cip pemprosesan ini untuk produk-produk akan datang.

Komen