Carian
Jolla Melancarkan Komputer AI Yang Mementingkan Privasi
May 21, 2024 Zamir Roslan

Masihkah anda ingat dengan Jolla yang menghasilkan telefon pintar dan tablet yang menggunakan sistem operasi Sailfish OS? Sekiranya ya mereka kini memasuki pula era menghasilkan komputer dengan kemampuan AI serta mementingkan privasi.

Jolla Mind2 ialah komputer yang menjalankan model AI terus pada mesin. Dengan ini data pengguna diproses pada mesin, tiada isu ketirisan data ketika dihantar ke awanan. Selain itu terdapat beberapa ejen yang boleh dilatih oleh pemilik untuk melakukan tugasan tertentu. Sistem operasi serta ejen adalah menerusi platform Venho.Ai.

Dari segi spesifikasi Mind2 menggunakan CPU RK3588 dengan kemampuan 6 TOPS, memori 16GB RAM dan storan sehingga 1TB. Di Eropah Jolla Mind2 dijual pada harga €699 (~RM3566) sebuah dengan yuran langganan bulanan €75 (~RM382).

Komen