Carian
Spotify Car Thing Tidak Lagi Boleh Digunakan Selepas 9 Disember
May 24, 2024 Effi Saharudin

Spotify Car Thing membolehkan Spotify dikawal menggunakan sebuah peranti fizikal lengkap dengan tombol dan butang fizikal. Jualannya dihentikan pada tahun 2022, lima bulan selepas ia mula dijual pada pasaran terpilih. Hari ini Spotify mengumumkan, Car Thing akan berhenti beroperasi bermula 9 Disember ini.

Selepas tarikh tersebut ia tidak lagi boleh digunakan untuk menstrim muzik daripada Spotify di dalam kenderaan. Menurut Spotify, sokongan untuk Car Thing dihentikan bagi memberikan tumpuan kepada pembangunan produk lain dan ciri yang akan diperkenalkan di dalam aplikasi. Mereka menyarankan pemilik untuk menetapkan semula Car Thing sebelum membuangnya dengan selamat. Pulangan wang kepada pembeli juga tidak akan diberikan.

Sejak dari awal Spotify menawarkan perkakasan fizikal adalah satu tindakan yang aneh. Spotify sudahpun menyokong tambatan kepada sistem audio kenderaan secara bluetooth, AirPlay dan sambungan berwayar sejak dari awal lagi.

Komen