Carian
Cip Mana Lebih Berkuasa? – Perbandingan Snapdragon 8s Gen 3, Snapdragon 8 Gen 3, Snapdragon 8 Gen 2, A17 Pro dan Dimensity 9300
May 27, 2024 Effi Saharudin

Minggu ini Poco F6 dilancarkan dan ia dijual di Malaysia pada harga bermula RM1799 yang menjadikannya peranti yang amat mampu milik. Ia dilengkapi cip Snapdragon 8s Gen 3 yang dipasarkan sebagai Snapdragon 8 Gen 3 yang lebih mampu milik. Maka apakah perbezaan 8s Gen 3 dengan cip mercu lain Snapdragon 8 Gen 3, Snapdragon 8 Gen2, Apple A 17 Pro dan Dimensity 9300.

Kesemua markah yang dipaparkan dalam artikel ini ialah menggunakan peranti yang kami sempat gunakan sejurus selepas ia dilancarkan. Kami difahamkan perisian akhir digunakan maka prestasi yang dicatatkan adalah sepatutnya setanding dengan peranti yang dibeli oleh orang ramai.

Markah

Berikut ialah markah penanda aras Snapdragon 8s Gen 3 dibandingkan dengan Snapdragon 8 Gen 3 (Samsung Galaxy S24 Ultra), Apple A17 Pro (iPhone 15 Pro Max), A16 Bionic (iPhone 14 Pro Max), Dimensity 9300 (Vivo X100 Pro) dan Snapdragon 8 Gen 2 (OnePlus 12R).

Geekbench 6
  • Snapdragon 8s Gen 3 – 1608/4861
  • Snapdragon 8 Gen 3 – 2329/7526
  • Apple A17 Pro – 2873/7228
  • Apple A16 Bionic – 2634/6761
  • Snapdragon 8 Gen 2 – 1081/4204
  • MediaTek Dimensity 9300 – 2071/5032
AnTuTu 3D
  • Snapdragon 8s Gen 3 – 1,428,642
  • Snapdragon 8 Gen 3 – 2,200,000
  • Apple A17 Pro – 1,523,961
  • Apple A16 Bionic  – 1,457,779
  • Snapdragon 8 Gen 2– 1,222,747
  • MediaTek Dimensity 9300 – 1,852,552
3DMark Wild Life Extreme
  • Snapdragon 8s Gen 3 – 3030
  • Snapdragon 8 Gen 3 – 4717
  • Apple A17 Pro – 3695
  • Apple A16 Bionic – 3355
  • Snapdragon 8 Gen 2 – 3712
  • MediaTek Dimensity 9300 – 4067

Kesimpulan

Snapdragon 8s Gen 3 ialah sebuah cip yang berkuasa dan dalam majoriti ujian mencatatkan markah yang lebih tinggi berbanding Snapdragon 8 Gen 2. Maka jika anda tidak mahu berbelanja lebih untuk sebuah peranti Snapdragon 8 Gen 3, peranti dengan Snapdragon 8s Gen 3 seperti Poco F6 ialah pilihan yang menarik.

Namun begitu jurang prestasi antara Snaopdragon 8 Gen 3 dan Snapdragon 8s Gen 3 adalah amat ketara. Dalam Antutu perbezaannya ialah 54%, pada Geekbench 6 satu teras ialah 44.8%, Geekbench 6 multi teras ialah 68.6% dan akhir sekali 3DMark Wildlife pula ialah 55.6%. Maka jika anda mencari peranti mercu Android terbaik tahun ini, carilah yang dilengkapi Snapdragon 8 Gen 3.

Komen