Carian
Samsung Galaxy Buds3 Dilaporkan Akan Mempunyai Rekaan Bertangkai
May 27, 2024 Effi Saharudin

Sejak dari generasi pertama lagi, Samsung Galaxy Buds mempunyai rekaan bulat yang membezakannya dengan AirPods. Ini membuatkannya kurang ketara apabila dipakai di telinga tetapi juga membuatkannya sedikit leceh untuk ditanggalkan. Menurut laporan The Chosun, bermula dengan Galaxy Buds 3 ini semua akan berubah.

Galaxy Buds 3 dipercayai akan akhirnya mempunyai tangkai. Bagaimana rupa tangkai ini masih lagi misteri dan sekiranya benar adalah perubahan paling besar dilakukan Samsung pada TWS mereka sejak 2019. Secara peribadi kami sukakan rekaan putik telinga Samsung yang kelihatan seperti kacang. Ia lebih selesa dipakai ketika tidur berbanding AirPods yang bertangkai.

Tetapi hakikatnya sejak akhir-akhir ini rekaan yang dipopularkan Apple menjadi ikutan. Apple membuang bicu audio dan kini ia adalah perkara lazim pada peranti mercu termasuk Samsung. Minggu lalu rekaan Galaxy Watch7 Ultra tertiris dengan tubuh berkotak, 10 tahun selepas kali terakhir ia digunakan pada Gear S.

Komen