Kali terakhir Samsung menjual jam tangan dengan tubuh berkotak ialah Gear S pada tahun 2014. Selepas sedekad, rekaan yang telah lama dilupakan ini akan kembali menerusi Samsung Galaxy Watch7 Ultra sekiranya imej pengolokan yang tertiris menerusi Onleaks dan Smartprix minggu ini ternyata benar.

Walapun tubuh berbentuk empat segi, skrin Galaxy Watch7 Ultra masih lagi mengekalkan skrin berbentuk bulat. Sekilas pandang Samsung seperti mengambil inspirasi daripada jam tangan Bell & Ross. Rekaan memang nampak bergaya. Dapat dilihat dua butang fizikal pada sisi kanan tetapi kali ini sebuah tombol berputar bulat juga disertakan sekali.
Pada sisi kiri pula terdapat dua belahan yang mungkin adalah untuk speaker. Sementara itu tali jam adalah dari bahan silikon yang kamu pasti boleh ditukar dengan pilihan lain seperti model terdahulu. Yang menarik di sini ialah mekanisme tali jam kini lebih menyerupai yang digunakan pada iPhone dan bukannya tali jam biasa.

Samsung sudah mengacah jam tangan pintar keluaran mereka seterusnya akan mempunyai ciri penjejakan kesihatan yang lebih menyeluruh. Ia sudahpun melepasi pensijilan untuk pengesanan apnea tidur dan terdapat ura-ura kelak boleh mengesan gula dalam darah. Jawapan kepada persoalan ini akan terjawab pada acara Unpacked yang dijangka berlangsung 10 Julai depan.