Carian
Sebuah Lagi Pil Perancang Kehamilan Untuk Lelaki Sedang Dibangunkan
May 27, 2024 Effi Saharudin

Pil perancang kehamilan di pasaran sekarang semuanya dibangunkan untuk wanita. Selain pil suntikan hormon, IUD dan kondom adalah tiga lagi cara yang boleh digunakan bagi mengelakkan kehamilan. Penyelidik dari Baylor College of Medicine, Texas telah menemui sebuah sebatian yang mempunyai potensi digunakan sebagai pil perancang kehamilan untuk lelaki.

Penyelidik mendapati protein serine/threonine kinase 33 (STK33) adalah diperlukan untuk memastikan kesuburan sperma pada manusia dan juga tikus. Sekiranya pengeluaran protein STK33 dapat dihalang, kemampuan sperma untuk bergenang dapat dikurangkan sekaligus mengurungkan kesuburan pada lelaki.

Dalam ujian pada tikus makmal, sebatian CDD-2807 berjaya menghalang pengeluaran STK33 dengan berjaya tanpa kesan jangka panjang seperti pengumpulan toksik pada otak. Lebih penting sekali ialah selepas CDD-2807 tidak lagi diambil, STK33 dihasilkan semula membolehkan tikus kembali subur dan membiak.Ujian ke atas CDD-2807 akan diteruskan pula pada primat sebelum ujian ke atas manusia pula dilakukan.

Dua tahun lalu sebatian YCT529 didapati berjaya mensasarkan protein RAR-α yang diperlukan untuk pembahagian sel spermatozoa. Apabila dikurangkan pada tubuh ia mampu memandulkan tikus jantan dengan kemampuan membiak kembali normal selepas 4-6 minggu. Seperti CDD-2807, usaha untuk menawarkan YCT529 sebagai pil perancang kehamilan lelaki sedang diteruskan.

Komen