Carian
Anda Kini Boleh Melabelkan Kandungan Dijana AI Pada Facebook Dan Instagram
May 27, 2024 Fahim Zahar

Seperti yang dijanjikan oleh Meta bermula bulan Mei kandungan yang dijana kecerdasan buatan pada Facebook, Instagram dan Threads akan dilabelkan. Sistem Meta sendiri akan mengimbas mengikut pelbagai piawaian penjana kecerdasan buatan. Selain itu, pengguna sendiri turut boleh melabel kandungan yang berkenaan.

Terbaru, ciri melabel kandungan kecerdasan buatan ini telah diedarkan kepada semua pengguna peranti Android dan iOS. Cuma setakat semakan saya ia terhad pada Facebook dan Instagram. Saya turut menguji dengan berkongsi gambar di Facebook dan Instagram Stories. Pada Facebook akan ada pilihan Label AI dihidupkan/dimatikan yang ditekan akan memaparkan sebab kenapa kandungan janaan AI perlu dilabelkan. Pada Instagram untuk Stories, Label AI tersorok di dalam ikon “” di bawah Simpan. Sementara pada perkongsian biasa ada suis hidup/mati untuk menggunakan label ini.

Selepas kandungan janaan kecerdasan buatan tadi dikongsi, pengikut dan rakan akan melihat label Dibuat dengan AI. Apabila label ini ditekan, Meta akan menjelaskan Apa itu AI generatif dan memberi peringatan kepada pengguna Meta ingin membantu anda mengenalpasti kandungan AI. Semasa saya menguji ciri ini, Threads masih belum boleh melabel lagi dan ia mungkin akan tiba dalam kemas kini baharu nanti.

Komen