YouTube Kini Membisukan Dan Melangkau Video Jika Pemalam Adblock Dikesan
Effi Saharudin
YouTube mengenakan pelbagai halangan sekiranya mengesan pemalam AdBlock yang menghalang iklan dikesan pada pelayar web. Sebelum ini video dihalang daripada dimainkan dengan muncul notifikasi meminta pengguna memadam penghalang iklan atau melanggan kepada YouTube Premium.
New Youtube adblock weird behaviour – video automatically skips to the end
byu/SDHD4K inyoutube
Kini YouTube mencuba teknik baharu yang membisukan audio video dan kadang kalam melangkau terus ke penghujung video yang cuba ditonton. Dua cara baharu ini dikesan oleh SDHD4K dengan video dikongsi di laman Reddit semalam. YouTube semakin agresif menyukarkan pengguna penghalang iklan bagi memastikan pendapatan dapat dijana oleh mereka dan juga penghasil kandungan.
Adakah anda antara pengguna pemalam yang menghalang iklan pada pelayar web anda? Sekiranya ya apakah sebab utama ia digunakan selain tidak mampu melanggan kepada YouTube Premium.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.