Carian
Astro Bakal Lancar “Sooka Stick” Tidak Lama Lagi – Dongel HDMI Untuk Sooka TV
May 29, 2024 Aman

Beberapa minggu lepas, kami telah berkongsi kehadiran sebuah dongel TV oleh Sooka pada pangkalan data, sekaligus memperlihatkan dongel Sooka bakal ditawarkan untuk memudahkan kandungan daripada perkhidmatan penstriman Sooka ditonton pada kaca televisyen.

Terbaru, ia dilihat Astro mungkin menamakan produk berkenaan sebagai “Sooka Stick”, dan ia bakal menggunakan sambungan HDMI untuk beroperasi. Pengguna boleh menghubungkan Sooka Stick ini pada mana-mana kaca televisyen dengan sambungan HDMI, dan seterusnya menikmati kandungan dari platform penstriman Sooka pada skrin bersaiz lebih besar.

Buat masa ini, harga jualan dan langganan yang bakal disertakan masih tidak diketahui lagi. Astro dijangka mengumumkan penawaran Sooka Stick ini dalam masa terdekat ini – mungkin hanya beberapa minggu lagi.

Komen