Carian
ITBM Dan UTM Akan Bangunkan MyTranslate – SIstem Terjemahan Yang Dikuasakan AI
May 30, 2024 Aman

Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) kini mengumumkan kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia dalam usaha untuk membangunkan MyTranslate, iaitu sokongan terjemahan pintar yang dikuasakan dengan kecerdasan buatan. Dengan langkah ini, proses terjemahan dijangka akan dapat dilaksanakan dengan lebih pantas berbanding kebiasaan.

Menurut pihak ITBM, mereka sedia menghargai kewujudan sistem terjemahan lain di pasaran seperti Google Translate dan juga Microsoft Translator. Namun, ITBM bertanggungjawab dalam membangunkan Bahasa Melayu dan sistem ini dijangka akan dapat memastikan penggunaan yang betul dan tepat. Langkah ini juga dijangka akan memudahkan lagi pelbagai istilah berkaitan disiplin teknikal seperti perundangan dan sains dapat dirujuk dengan lebih mudah.

Kerjasama dengan UTM juga dilihat selari dengan fokus universiti tersebut dalam menubuhkan fakulti khusus memfokuskan kecerdasan buatan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi tempoh pembangunan penuh untuk MyTranslate ini sebelum boleh diakses dan digunakan dalam proses terjemahan.

Komen