Carian
Apple TV+ Mungkin Akan Akhirnya Tiba Ke Android
May 30, 2024 Effi Saharudin

Apple TV+ sudah berusia hampir lima tahun tetapi jumlah pelanggannya masih belum setanding Disney+ atau Netflix. Antara sebabnya ialah aplikasi Apple TV+ tidak ditawarkan pada semua platform khususnya telefon pintar Android. Menurut laporan Bloomberg, Apple mula mengiklankan jawatan untuk pembangun Android bagi membangunkan aplikasi Apple TV+.

Dengan Apple ingin menjana pendapatan menerusi Apple TV+, penawaran yang lebih meluas adalah perlu tanpa memencilkan pengguna dengan sistem operasi tertentu. Adakah agak aneh aplikasi untuk Android masih belum ditawarkan sedangkan aplikasi Android TV telah dilancarkan sejak 2021. Kali pertama ura-ura ia akan ke peranti Android adalah pada tahun 2022 tetapi jelas ini tidak berlaku. Apabila dilancarkan kelak ia akan menjadi sebahagian kecil aplikasi Apple di Android. Mereka hanya menawarkan Apple Music, Move to iOS dan Beats sahaja setakat ini.

Komen