Cari @ Amanz

Selepas Sony, televisyen TCL adalah seterusnya televisyen Android TV yang akan menerima aplikasi Apple TV untuk tujuan menstrim Apple TV+ atau beli/sewa pelbagai kandungan lain. Platform Google TV juga sudah menerima sokongan aplikasi ini sejak Februari lalu.

Kini penantian tamat bagi pengguna Android TV lain, kerana aplikasi Apple TV sudah boleh dimuat turun oleh semua pengguna. Aplikasi ini kini berada secara umum di gedung aplikasi Play Store. Anda hanya perlu cari, pasang dan muat turun. Selepas itu anda boleh menikmati kandungan eksklusif seperti filem, animasi, siri TV atau juga dokumentari.

Apple TV+ juga masih lagi percuma sehingga bulan ini, kepada sesiapa yang sudah tebus sejak tahun lepas. Tetapi bagi mereka yang membeli peranti Apple baharu, setahun percuma akan diberi. Pelanggan baharu pula, 7 hari percuma diberikan sebelum caj bulanan mula dikenakan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd