OpenAI kini menandatangani pula perjanjian pengguna kandungan daripada Vox Media dan The Atlantic pula seminggu selepas melalukan perjanjian yang sama dengan News Corps. Menerusi perjanjian ini OpneAI akan menawarkan kandungan The Atlantic dan Vox Media di dalam carian ChatGPT lengkap dengan atribut serta pautan penulisan asal.
Dengan ini maklumat yang dipaparkan dalam produk OpenAI adalah daripada sumber yang boleh dipercayai kesahihannya supaya insiden memalukan seperti yang berlaku dengan Google AI Overview tidak berulang.
Pada waktu yang sama, The Atlantic mengatakan mereka akan diberikan akses kepada beberapa produk yang dibangunkan oleh OpenAI bagi menghasilkan kandungan berita yang lebih inovatif. Oleh itu Atlantic Labs telah diumumkan dengan tujuan menggunakan AI bagi membantu tugas kewartawanan dan juga pembaca.
Seperti persetujuan dengan News Corps, The Atlantic dan Vox Media akan memberikan saranan bagaimana maklumat yang memenuhi etika kewartawanan akan dipaparkan dalam produk yang dibangunkan oleh OpenAI.