Jualan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia sedang meningkat dipacu oleh subsidi kerajaan dan kemasukan pelbagai jenama terkemuka seperti BYD dan Tesla. Tetapi di peringkat global jualan EV merosot disebabkan isu jarak perjalanan yang terhad serta infrastruktur pengecasan yang belum mencukupi. Oleh itu pada ketika kenderaan hibrid dilihat sebagai jalan tengah yang paling selamat bagi pengguna.
Minggu ini, BYD mengumumkan trend kuasa terbaru mereka yang menawarkan jarak perjalanan sehingga 2100 kilometer. Sistem hibrid generasi ke-lima BYD ini juga hanya menggunakan 2.9L petrol untuk perjalanan sejauh 100 km. Sebagai perbandingan enjin 1.5 Liter Proton S70 menggunakan 6.2L/100 km. Tahap penggunaan petrol yang rendah ini dicapai kerana enjin BYD mempunyai kecekapan 46.06%.
Apabila digabungkan dengan sistem bateri dan motor elektrik, kenderaan dengan sistem DM (Dual Mode) ini boleh melakukan perjalanan tanpa henti dari Kuala Lumpur ke Hanoi, Vietnam. Jarak perjalanan yang amat jauh ini
Sistem baharu ini juga bukan sekadar konsep tetapi telah digunakan pada model kereta Qin L DM-i dan Seal 06 DM-i yang juga baru dilancarkan minggu ini. Di China harga jualan kedua-dua kenderaan ini bermula daripada RMB 99,800 (~RM65,000) sebuah.