Carian
Kapal Pemasangan Kabel Tidak Lagi Dikenakan Polisi Kabotaj Bermula 1 Jun
May 30, 2024 Effi Saharudin

Semua kapal yang melakukan operasi pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan kabel telekomunikasi dasar laut di perairan Malaysia akan dikecualikan daripada dasar kabotaj bermula 1 Jun depan. Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, pengecualian itu dibuat di bawah Seksyen 65U Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Menurut beliau ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pelaburan dalam infrastruktur teknologi internet di Malaysia. Syarikat teknologi Malaysia dan juga antarabangsa telah menyuarakan keperluan untuk kerajaan menggunakan rangka kerja kawal selia yang lebih progresif untuk menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam sektor teknologi sejak 2020.

Pada tahun 2021 kami melaporkan Amazon, Google, Facebook dan Microsoft telah menghantar surat kepada Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, PM pada ketika itu untuk berbincang tentang dasar kabotaj yang diperkenalkan semula oleh pentadbiran Tan Sri Muhyiddin pada tahun 2020.

Pengenalan semula polis tersebut menyebabkan proses selenggara dan baik pulih kabel dasar laut di perairan Malaysia menjadi lebih perlahan kerana kapal perlu berlayar dari lokasi lebih jauh. Ini juga dikatakan sebab mengapa negara jiran menjadi pilihan untuk lokasi pendaratan kabel dasar laut Apricot yang diumumkan oleh Google dan Meta.

Komen