Selepas Samsung mengumumkan yang Galaxy Watch turut akan menerima ciri kecerdasan buatan generatif Galaxy AI, pengeluar lain turut mula mengemaskini produk masing-masing. Antara yang tersedia di pasaran adalah produk audio Nothing Ear dengan ChatGPT dan banyak lagi. Amazfit turut tidak ingin ketinggalan kerana telah memberi kemas kini Zepp OS 3.5 dengan ciri AI untuk jam Amazfit Balance.

Zepp OS 3.5 kini hadir dengan ciri Zepp Flow iaitu ciri kecerdasan buatan generatif yang menggunakan model bahasa raya untuk model bahasa antaramuka pengguna ataupun Natural-Language User Interface. Secara asasnya, Zepp Flow adalah ciri kawalan suara dengan teknologi AI yang tidak lagi bergantung kepada pembantu maya kekok tersendiri atau Alexa.

Dengan ciri ini pengguna boleh menggunakan suara untuk menjadikan Amazfit Balance lebih diperibadikan. Kemudian setiap kawalan suara akan memahami kehendak pengguna dengan tepat termasuk untuk menjadualkan sesuatu, membalas notifikasi, menyemak cuaca dan banyak lagi.

Zepp Coah turut dikemaskini untuk sokongan Indeks Keyakinan dan Pelan Penyelesaian Larian, membaca data perubahan degupan jantung secara lebih mendalam, kini boleh membaca mesej WhatsApp, peta kini menyokong muat turun luar talian, mod sukan turut menambah aktiviti memanjat batu, boleh menjejak tenaga ketika berlari dan juga sukan ski kini menyokong peta di hotel-hotel terpilih.
Amazfit Balance dijual di Malaysia pada harga RM1099. Ia adalah jam tangan pintar yang memfokuskan keseimbangan gaya hidup antara produktiviti dan kesihatan.