Carian
Mr Beast Kini Saluran YouTube Dengan Jumlah Pengikut Tertinggi
June 2, 2024 Effi Saharudin

Hujung minggu ini era T-Series sebagai saluran dengan jumlah pengikut tertinggi di YouTube berakhir selepas ia berjaya dipintas oleh Mr Beast. Ketika artikel ditulis, Mr Beast mempunyai lebih 268 juta pengikut manakala T-Series pula mempunyai lebih 266 juta pengikut dengan perbezaan sekitar 1.5 juta pengikut.

Sekitar dua minggu lalu, Mr Beast mengekori di belakang T-Series sebanyak lebih 6 juta pengikut. Beliau kemudian mencabar CEO T-Series untuk bertinju tetapi tidak mendapat sebarang balasan. Dengan Mr Beast kini di tangga pertama, beliau kata kejayaan ini ialah bagi membalas kekalahan PewDiePie yang dipintas oleh T-Series sekitar lima tahun yang lalu.

Komen