Mr Beast pada waktu ini ialah YouTuber paling terkemuka di dunia memintas PewDiePie yang kini sudah separa bersara di Jepun. Semasa masih aktif, PewDiePie pernah bertarung dengan T Series untuk memegang takhta saluran dengan jumlah pengikut tertinggi. Beliau kalah dan T Series pada hari ini gah di tangga pertama.
Tetapi kini T Series sedang dikejar oleh Mr Beast. Ketika artikel ditulis, Mr Beast mempunyai 259 juta pengikut manakala T Series pula 265 juta. Jurang antara dua saluran ni semakin mengecil dan hujung minggu lalu Mr Beast mengeluarkan cabaran ingin bertinju pula dengan CEO T Series, Bhushan Kumar.
Trend mengajak pesaing bertinju dipopularkan oleh YouTube sekitar sedekad lalu. Jake Paul, Logan Paul dan KSI adalah antara nama yang pernah bertinju demi meraih pengikut. Ketika artikel ditulis, pihak T Series belum mengeluarkan kenyataan sama ada ingin menyambut cabaran Mr Beast.
Yang pasti pertarungan antara Elon Musk dan Mark Zuckerberg juga tertangguh beberapa kali disebabkan kecederaan serta Elon seakan mencari alasan untuk menarik diri.