Elon Musk sebelum ini berkata beliau ingin bertarung dengan Mark Zuckerberg dalam sangka mengikut peraturan MMA. Di X, Elon mendakwa pertarungan akan berlangsung di bangunan Colosseum, Itali seakan zaman gladiator ribuan tahun yang lalu dengan siaran langsung di X serta Facebook.

Tetapi Mark Zuckerberg kini berkata pertarungan masih belum dipersetujui kedua-dua pihak. Beliau turut berkata ingin mengambil serius pertarungan dengan Musk. Oleh itu penglibatan badan profesional UFC atau One adalah perlu bagi memenuhkan kad dengan perlawanan-perlawanan yang menarik.
Sejak mengatakan beliau ingin membelasah Zuckerberg di dalam gelanggang oktagon, Elon Musk beberapa kali memberikan alasan untuk menangguhkannya pula. Terbaru beliau mendakwa terdapat kecederaan pada tubuh yang memerlukan pembedahan yang akan menyebabkan beliau tidak boleh bertarung selama beberapa bulan.
Adakah Mark Zuckerberg dan Elon Musk akan benar-benar bertarung dalam masa terdekat? Yang pasti Mark Zuckerberg mempunyai kelebihan kerana sudah terlibat dalam seni bela diri MMA sejak beberapa tahun yang lalu serta telah memenangi beberapa perlawanan amatur.
- Sumber
- Zuck@Threads