PewDiePie Mengumumkan Akan Berehat Dari YouTube Pada Tahun 2020

PewDiePie Mengumumkan Akan Berehat Dari YouTube Pada Tahun 2020

Diterbitkan pada Dis 16, 2019 oleh .

Felix Kjellberg atau lebih dikenali sebagai PewDiePie ialah selebriti paling ternama di YouTube. Beliau merupakan pemegang akaun peribadi pertama yang mempunyai lebih 100 juta pengikut  dan beberapa kali tersenarai sebagai selebriti yang mengaut keuntungan tertinggi di YouTube menurut Forbes. Semalam beliau mengumumkan akan berehat dari YouTube pada tahun 2020.

Pengumuman dilakukan menerusi segmen terbaru Pew News beliau. Sebab yang diberikan ialah kepenatan selepas menghasilkan video di YouTube hampir setiap hari sejak sedekad yang lalu. Kerjaya PewDiePie tahun ini menerima banyak kritikan kerana beliau dikaitkan dengan pergerakan ekstremis kulit putih. Nama beliau disebut oleh pengganas Christchurch yang menembak mati lebih 50 umat Islam yang menunaikan solat Jumaat pada Mac tahun ini. Dengan pengumuman ini, PewDiePie menjadi seorang lagi selebriti YouTube yang berehat kerana tekanan kerja yang tinggi.



TIPS & ULASAN