Selain cip siri Ryzen AI 300, cip siri AMD Ryzen 9000 juga diumumkan untuk PC desktop dengan ia turut menggunakan CPU Zen 5 generasi baharu. Menurut AMD, siri Ryzen 9000 akan menawarkan peningkatan prestasi lebih tinggi pada kuasa lebih rendah tetapi nod yang digunakan tidak pula didedahkan tetapi Besar kemungkinan ialah 4nm TSMC.

AMD Ryzen 9000 kekal dengan soket AM5, sokongan PCIe Gen5, memori DDR5, USB4, dan WiFi 7. Butiran lengkap empat cip pertama yang dilancarkan adalah seperti di bawah. Keempat-empat akan mula dijual bermula Julai depan. Menurut AMD lagi, Ryzen 9 9950X pada ketika in ialah cip untuk desktop paling berkuasa di pasaran.
Model | Teras /Bebenang | Frekuensi Boost / Asas | Total Cache | PCIe | TDP |
AMD Ryzen™ 9 9950X | 16 / 32 | Hinga 5.7 GHz / 4.3 GHz | 80MB | Gen 5 | 170W |
AMD Ryzen™ 9 9900X | 12 / 24 | Hingga 5.6 GHz / 4.4 GHz | 76MB | Gen 5 | 120W |
AMD Ryzen™ 7 9700X | 8 / 16 | Hingga 5.5 GHz / 3.8 GHz | 40MB | Gen 5 | 65W |
AMD Ryzen™ 5 9600X | 6 / 12 | Hingga 5.4 GHz / 3.9 GHz | 38MB | Gen 5 | 65W |
Turut diumumkan di acara pagi in ialah soket AM5 kini akan disokong sehingga 2027. Pada asalnya soket yang diperkenalkan pada tahun 2022 hanya akan disokong sehingga 2025.