Carian
Siri Acer Swift Baharu Dengan AMD Ryzen AI 300 Akan Ditawarkan Pada Q3 2024
June 3, 2024 Amy Maizuraa

Acer hari ini mengumumkan bahawa komputer riba siri Swift baharu mereka akan dilengkapi cip terkini siri AMD Ryzen AI 300 bermula dari suku ketiga 2024. Pengumuman dibuat sejurus selepas pengenalan cip AI tersebut pada awal pagi tadi di Taiwan bersempena dengan Computex 2024.

Dengan penawaran lebih berkuasa melalui padanan NPU yang tinggi serta GPU NVIDIA, ia diyakini mampu menampilkan prestasi lebih baik sesuai dengan keperluan sebahagian besar pengguna masa kini. Turut dimaklumkan bahawa mana-mana model terbaru Acer Swift yang menggunakan cip tersebut kelak akan mendapat kemas kini untuk Copilot+ secara percuma apabila tersedia.

Untuk perkongsian, cip AMD Ryzen AI 300 mempunyai NPU dengan kemampuan memproses AI sehingga 50 TOPS menjadikannya cip AI dengan NPU paling berkuasa setakat ini. Dua cip yang diumumkan sebentar tadi terdiri dengan Ryzen AI 9 HX 370 dan Ryzen AI 9 365.

Kedua-duanya dilengkapi CPU Zen5, NPU dari keluarga XDNA2, dan GPU RDNA 3.5 yang mempunyai sehingga 16 CU. Ryzen AI 9 HX 370 ialah cip yang lebih berkuasa dengan 12 teras, 24 bebenang dan kelajuan sehingga 5.1GHz serta grafik Radeon 890M. Sementara itu Ryzen AI 9 365 pula dilengkapi 10 teras, 12 bebenang dan kelajuan sehingga 5.0GHz serta grafik Radeon 880M.

Komen