Cari @ Amanz

Satelit Kayu Akan Dilancarkan September Depan Bagi Menyelesaikan Masalah Sampah Angkasa

Link Copied!

Dianggarkan terdapat lebih 29,000 sampah angkasa yang mengorbit bumi. Kewujudannya mendatangkan pelbagai isu pelanggaran setiap kali misi dilancarkan di angkasa lepas. Oleh itu saintis dari Kyoto University dan Jabatan Perhutanan Sumitomo Jepun akan melancarkan LignoSat pada Spetember tahun ini dengan tujuan melihat sama ada satelit diperbuat daripada kayu ialah penyelesaian kepada isu ini. Sekiranya berjalan lancar ia akan menjadi satelit kayu pertama dunia yang berjaya dilancarkan.

LignoSat telah dibangunkan sejak 2020 dengan ia bersaiz 10cm padu dan berat sekitar 1 kilogram. Kayu magnolia digunakan sebagai bahan binaan selepas ujian ke atas kayu ceri dan betula dilakukan di Stesen Angkasa Antarabangsa. Kayu pokok magnolia didapati paling tahan lasak apabila terdedah kepada suhu sejuk angkasa lepas.

Satelit kayu diharapkan akan mengurangkan risiko pencemaran logam toksik apabila terhempas semula ke bumi di akhir hayat. Data yang dikumpul sepanjang misi LignoSat akan digunakan untuk membangunkan pula LignoSat-2 bagi menguji lagi teknologi kayu sebagai bahan binaan satelit masa depan.

Sebelum LignoSat, WISA Woodsat telah diperlihatkan pada tahun 2021. Satelit kayu ini direka di Finland juga dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah yang sama. Sepatutnya ia dilancarkan pada penghujung 2021 tetapi sehingga ini ia masih belum dilakukan.


Komen ()