Carian
ARM Menyasarkan Pegangan 50% Pada Pasaran PC Dalam Tempoh 5 Tahun Lagi
June 3, 2024 Aman

ARM, salah satu firma rekabentuk cip pemprosesan yang digunakan meluas pada peranti mudah-alih, kini mengumumkan mereka menyasarkan untuk mempunyai pegangan pasaran PC sekitar 50% dalam tempoh 5 tahun lagi. Perkongsian ini hadir selari dengan pihak Microsoft bersama-sama beberapa pengeluar yang telah mula mengumumkan komputer menggunakan cip berasaskan rekaan ARM.

Sehingga kini, majoriti komputer menggunakan cip pemprosesan berasaskan Intel atau AMD. Namun, dengan peralihan komputer Apple yang menggunakan cip berasaskan rekaan ARM, kini pihak Microsoft juga telah mula mengoptimasikan penawaran untuk cip berkenaan juga. 

Penggunaan cip ARM dilihat menawarkan kuasa prestasi yang baik, tetapi dengan penjimatan penggunaan tenaga. Microsoft juga turut memfokuskan kepada integrasi dan penggunaan kecerdasan buatan, yang dioptimasikan untuk cip dengan rekaan ARM.

Sebelum ini juga, Qualcomm turut telah mengacah desktop dengan menggunakan cip Snapdragon X Elite – sekaligus memperlihatkan cip Qualcomm yang menggunakan rekaan berasaskan ARM tidak terhad untuk komputer riba sahaja, tetapi turut akan diperluaskan kepada desktop.

Komen