Carian
Samsung Saman Oura Sebelum Galaxy Ring Dilancarkan
June 4, 2024 Effi Saharudin

Cincin pintar Samsung Galaxy Ring akan dilancarkan pada bulan Julai depan. Walaupun produk ini belum dijual, Samsung bertindak menyaman Oura sebelum mereka disaman oleh syarikat tersebut. Oura yang juga merupakan pengeluar cincin pintar telah menyaman beberapa syarikat yang menawarkan produk yang sama keran didakwa melanggar paten milik mereka.

Dalam writ saman yang difailkan, Samsung ingin mengambil tindakan ke atas Oura sebelum mereka disaman. Samsung ingin menegaskan mereka tidak melanggar lima paten milik Oura pada Galaxy Ring. Lima paten tersebut ialah untuk sensor, elektronik, bateri dan skor dipaparkan dalam aplikasi berdasarkan data daripada sensor. Menurut Samsung kesemua paten yang dimiliki Oura adalah ciri lazim pada semua cincin pintar.

Oura pada ketika ini mendominasi pasaran cincin pintar sejak kali pertama produk dilancarkan pada tahun 2016. Mereka beberapa kali menyaman syarikat yang cuba memasuki pasaran cincin pintar kerana didakwa melanggar paten.

Komen