Carian
Cukai Jalan Untuk EV Akan Dikenakan Bermula 1 Januari 2026
June 4, 2024 Effi Saharudin

Kadar cukai jalan (LKM) bagi kenderaan elektrik (EV) diumumkan oleh kerjaan hari ini dengan pengurangan bayaran sehingga 85% dapat dinikmati oleh pemilik. Kadar LKM baharu ini akan berkuat kuasa bermula 1 Januari 2026 menurut pengumuman Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini.

Kadar LKM kini ialah mengikut kuasa output motor elektrik yang digunakan pada kenderaan. Ia bermula serendah RM20 setahun untuk output 1-50 KW dan meningkat ke RM20,000 setahun untuk output 1.010001 MW. Ia diperkenalkan bagi menggalakkan lagi penggunaan EV oleh penduduk di Malaysia.

Harus diingatkan kadar cukai jalan baharu ini akan hanya terpakai pada kenderaan elektrik menggunakan bateri (BEV) seperti BYD Seal dan juga kenderaan elektrik sel bahan api (FSEV) seperti Toyota Mirai yang menggunakan bahan api hidrogen.

Kadar bayaran LKM untuk EV akan dikaji semula sekurang-kurangnya setiap lima tahun bagi memastikan keberkesanan dalam mencapai objektif peralihan kepada kenderaan pelepasan sifar. Sejak 2022, kerajaan memberikan insentif cukai jalan dikecualikan pada EV sehingga 31 Disember 2025.

Komen