Carian
Microsoft Bakal Perkenal Penawaran AI Untuk Membantu Pusat Khidmat Pelanggan
June 5, 2024 Aman

Microsoft pada hari ini sedia melakukan pelaburan tinggi dalam arena kecerdasan buatan, termasuk mengintegrasikan ia pada sistem operasi Windows, disamping pelbagai perkhidmatan mereka, termasuk Office dan juga Bing. Terbaru, gergasi perkomputeran berkenaan turut berkongsi menyatakan akan memperkenalkan sejumlah perkhidmatan dan peralatan khusus untuk membantu pusat khidmat pelanggan.

Dengan langkah ini, ia dijangka akan membantu pusat khidmat pelanggan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi seseorang pelanggan dengan lebih pantas. Ia juga dijangka akan boleh diintegrasikan bersama chatbot setiap perkhidmatan dalam menyelesaikan masalah pengguna dengan lebih pantas – sebelum dihubungkan kepada manusia yang menjawab panggilan.

Microsoft menyasarkan pengenalan perkhidmatan dan penawaran ini menjelang 1 Julai 2024 kelak.

Sebelum ini juga, antara penyedia tempatan yang telah menyatakan akan menggunakan kecerdasan buatan dalam khidmat pelanggan adalah Grab, melalui integrasi perisian OpenAI.

Komen