Carian
Imej Sebenar Samsung Galaxy Z Fold6 dan Z Flip6 Tertiris
June 5, 2024 Effi Saharudin

Samsung Galaxy Z Fold6 dan Samsung Galaxy Z Flip6 akan dilancarkan pada awal bulan Julai ini sebelum acara Olimpik Paris berlangsung. Dengan tarikh pelancaran semakin hampir, imej sebenar peranti akhirnya tertiris hari ini menerusi laman Reddit.

Imej promosi untuk kedua-dua peranti mendedahkan rekaan tubuh Z Fold6 yang semakin berkotak menyamai rekaan Galaxy S245 Ultra. Tidak berakhir di situ, lubang untuk speaker juga dari jenis selit nipis yang digunakan pada siri Galaxy S24 dan bukan lagi tiga lubang bulat. Rekaan tiga kamera di belakang juga nampak lebih kemas.

Sementara itu rekaan Z Flip6 juga semakin berkotak tetapi skrin luar masih lagu sama dengan Z Flip5. Turut dapat dilihat ialah gelung logam pada dwi-kamera di belakang peranti juga lebih menyerlah dengan warna sama dengan tubuh.

Sebelum ini kami laporkan rekaan Z Fold6 akan diubah dengan skrin luar bernisbah sama dengan skrin Galaxy S24 Ultra. Ini membolehkan skrin luar digunakan lebih selesa kerana tidak begitu memanjang.

Komen