Carian
Oppo Akan Menawarkan Ciri AI Pada Semua Siri Telefon Pintar Mereka
June 5, 2024 Rihhadatul Aisy

Oppo hari ini mengumumkan bahawa mereka akan menawarkan ciri AI pada kesemua peranti keluaran mereka di bawah siri Find, Reno, F dan A. Komitmen mereka ini diumumkan di sebuah acara di London hari ini.

Dengan ini Oppo menyasarkan ciri AI boleh diakses pada lebih 50 juta peranti keluaran mereka menjelang penghujung 2024. Bulan lalu Oppo mula menawarkan ciri  Oppo AI Eraser pada siri Reno11 di seluruh dunia. Ia dengan pintar memadam elemen-elemen dalam gambar yang dipilih oleh pengguna. Menurut Oppo lagi secara purata OPPO AI Eraser digunakan 15 kali sehari oleh pemilik peranti yang disokong.

Langkah yang diambil Oppo ini harus menjadi ikutan pengeluar lain bagi mendemokrasikan ciri AI untuk semua. Jika ciri seperti ini benar sebuah ciri yang transformatif, maka semua kelas peranti wajar diberikan fungsi yang sama dan tidak hanya terhad keatas peranti kelas mercu sahaja.

Komen